|
Labu Sayung |
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk
Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan
Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang
intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di
Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil
pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu
Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk
kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu
hingga ke hari ini
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong
bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan
istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja
Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir
sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar
tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram (sumber dari http://labusayung.blogspot.com/)
|
Labu Sayong |